Quantcast
Channel: nurul cakapcakap
Viewing all 32 articles
Browse latest View live

Husnuzon

$
0
0
Apa itu Husnuzon? Husnuzon adalah istilah arab yang membawa maksud "bersangka baik". Selari dengan kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan kali ini, tentu sekali kita semua teruja menyambut kedatangannya. Ya benar semua kita teruja, tapi teruja melalui sudut pandang yang tidak sama. Lazimnya, manusia dilahirkan berbeza-beza. Berbeza dalam konteks cara hidup, cara berfikir dan bagaimana kita terdidik. Jadi cara keterujaan setiap manusia sudah pasti tidak sama. Mungkin saya rasa benda itu tak patut, tapi bagi orang lain patut. Mungkin saya rasa benda ni okay, tapi bagi orang lain tak okay. 

Masih kabur tentang apa yang cuba saya sampaikan? Okay begini. Facebook, Twitter, Instagram, namakan lagi social network yang mungkin saya tak senaraikan disini, tak mengapalah kita sebut apa yang ada saja dulu. Okay semua benda-benda sosial ini kebanjiran dan sarat dengan cerita Ramadhan sejak beberapa hari ini. Senario ini adalah sesuatu yang lumrah. Bermacam-macam jenis dan versinya. Kalau di Facebook akan ada status update seperti "Akhirnya berjaya jalani ibadah puasa di hari pertama". Ada orang berfikir yang si peng-update status tu macam KECOH GILA, BARU PUASA SEHARI NAK BAGITAU BERJAYA APAKEBENDA? Dalam erti kata lain, riak. Bagi yang berfikir sedemikian, ini ialah solusinya. Husnuzon.. mungkin ini pertama kali dia berpuasa. Biarlah dia berkongsi rasa senang hatinya. Tentulah terujanya sama seperti saat pertama kali kita mengerjakan puasa. Maka biarlah, selagi ia tak mengganggu ketenteraman kita, biarlah. Dan bila lambakan pengguna twitter berkongsi cerita kelebihan amal di bulan Ramadhan ada pula yang sanggup tweet seperti BULAN PUASA NI TIBA-TIBA SEMUA NAK JADI BAIK CERITA AGAMA, HAIRANLAH!Solusinya, husnuzon. Bila ada orang lain tweet tentang ilmu, sepatutnya kita berterima kasih dan bersyukur. Anggaplah si pen-tweet tersebut ingin berkongsi ilmu bersama-sama kita. Tak perlu hairan dan jangan dipersoalkan sesuatu yang baik, tapi hairanlah pada diri sendiri kerana seolah-olah menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan manfaat pada diri. Bila orang memuat turun gambar di Facebook mahupun di Instagram tentang menu yang bakal dihidang nanti janganlah kita berfikir yang dia mahu menunjuk-nunjuk kepada dunia tentang kehebatannya, berbaliklah kita kepada konsep Husnuzon dimana kemungkinan dia ingin berkongsi kepada kita tentang idea masakannya, tiada yang salah di situ. After all sharing is caring! Maka, beratkanlah fikiran kita kearah yang lebih positif. Sama juga seperti kebanyakan wanita yang mengambil inisiatif untuk memakai tudung setibanya bulan Ramadhan. Namun kadang-kadang ada juga lidah berkata LEPAS RAMADHAN BUKA BALIK, BAIK TAK PAYAH. Sekali lagi Husnuzon.. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya dia mencari jalan dan usaha menutup auratnya walau ia bersifat sementara. Doakan saja semoga lembut hatinya untuk terus istiqamah. Mungkin akhirnya nanti dia lah yang lebih solehah. Siapa tahu? Jadi kita janganlah berat-berat kepala. Bertenanglah, tidak semua orang dilahirkan akal kematangannya sama. As humans, we are full of imperfections, tapi kita ada jalan memperbaikinya.

Mari kita renung sejenak petikan kata-kata dari Syeikh Abdul kadir Al Jailani..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu
Ucapkan dalam hatimu :  
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jadi, sentiasalah Husnuzon.

Mari sama-sama kita perbaiki diri dan saling mengingati ya?

Salam Ramadhan 1433 Hijrah.


awal pagi di Malaysia Hari Ini

$
0
0
Alhamdulillah ini adalah kali kedua saya dijemput sebagai tetamu untuk rancangan (MHI) Malaysia Hari Ini. Pertama kali adalah slot yang dibuat secara rakaman di butik saya Nurul Wonder Wardrobe dan untuk kali ini pula bersiaran secara langsung di Sri Pentas untuk topik Instagram.
Saya di jemput untuk berkongsi cerita tentang bagaimana menjalankan perniagaan dengan menggunakan medium Instagram. Dan disebelah saya ialah Fad Manaf seorang photographer yang turut sama diundang sebagai jemputan pagi itu.
 I'm a bit nervous pagi tu mungkin sebab belum sarapan. Eleh ye la tu.. Hihi so instead of thinking that IM ON A SHOWW, ALAMAK TAKUTNYA saya tenangkan diri makan gula-gula sebelum bersiaran. Hahaha okay tak kelakar pun. Kalau program TV yang berbentuk rakaman memang tak ada masalah tapi bila siaran langsung ni memang akan datang la macam-macam penyakit. Tapi apa yang menarik sebelum ni saya pernah dijemput untuk siaran langsung Wanita Hari Ini dimana konsepnya lebih formal. Berbeza dengan Malaysia Hari Ini, slot pagi itu sangat lah santai sampai nervous hilang saya tak nak berhenti bercakap. Okay tipu tipu.
 Okay berhenti bercakap Nurul, berhenti.
Tadaaaa.. Maka tamatlah siaran
 
 What I'm wearing:
Fansuri tops by Nurul Wonder Wardrobe
Yoko Pallazo by Nurul Wonder Wardrobe
Heels by Calaman


PS: Kesemua gambar untuk entry ini adalah dari Instagram. Oh entry sebelum ni pun.



Wonder Raya

Assalamualaikum

$
0
0
I know it's been quite awhile since my last update, tiba-tiba jadi kekok. Rasa nak cakap banyak-banyak pun malu. Rindu saya tak? Hihi mestilah tak rindu.. Sejak in relationship dengan Wonder Wardrobe saya kena beri komitmen yang penuh dengan kerja, jadi sampai rumah cuma ada waktu tidur saja. Tapi sebab sayang dengan blog ni, mulai hari ni saya cuba juga untuk update sekerap yang boleh. Okay jumpa esok ya!

baju sama

$
0
0

  Kesimpulan yang dapat dibuat dari kedua-dua gambar di atas ialah macam ni la kawan yang baik. Tak kesah baju sama. Tak kesah pinjam-pinjam baju dikala memerlukan. Okay sebenarnya saya bergurau. Saya ada baju macam tu. Kawan saya juga ada baju macam tu. So hari ni saya dah pakai, esok dia pula pakai. Boleh je pakai sama-sama. Tapi takut timbul fitnah. Eh tak ada kena mengena.


dari Penang penuh cinta.

$
0
0
Jadi ini ialah kali kedua saya menjejakkan kaki ke Penang. Kali pertama masa saya dijemput untuk beri talk di Uitm Merbok awal tahun ini sempatlah jalan-jalan di penang sehari, dan yang kali ini ke Penang dengan keluarga pula.
Baru sampai di tempat penginapan yang terletak di Century Bay. Ayah nampak semangat menyokong penerbangan Air Asia. Ok..
Lepas meletak barang kami mulakan perjalanan di sekita bandar Penang. Mula-mula sekali kami singgah ke "Chocolate Boutique" yang menjual more than 60 different types of high quality chocolate from Beryl’s. Sampai-sampai promoter akan bawa kita pusing tempat tu dengan mencuba satu persatu coklat yang di jual. Cuba satu-satu pun boleh muak, tapi best ke tak bila cuba satu persatu tak perlu bayar? Mestilah best! Lepas dari sana kami ke area Chowrasta pula. Dekat sini banyak tempat-tempat yang punya nilai warisan yang tinggi. Saya sempat beli baju kebaya lama kepunyaan keturanan baba nyonya yang di jual di tepi-tepi jalan.
Nampak apa di belakang saya tu? Perempuan pasti suka!
For the love of beads
Chucky's friend, the killer doll ingat tak? Ni la dia..
 
Mural paintings on Lebuh Armenian. Boleh tahan ramai orang yang berbaris di kawasan ni untuk ambil gambar
Aippp buat apa tu!
Okay sekarang saya di pintu pagar Pinang Peranakan Mansion. Eh macam tu ke sambut tetamu? Cekik nak?
Admission fee for each adult is RM10 tapi berbaloi la juga. Sekarang ada dalam bilik Nyonya, cuba tengok paling rare ada bedak cina atas meja tu.
Ayah yang begitu berminat
Hari kedua. Ini di kawasan pantai Baru Feringgi. Ini ialah tempat kegemaran sebab banyak inspiring Islamic quotes diletak pada pagar halaman kawasan.
Inilah pantai batu feringgi.. tak lama di sini, bergambar sekejap lepas tu berlalu pergi..
Dan ini pula di Masjid Terapung, Tanjung Bunga.
Dan Al-Fatih seperti biasa terus-terusan tidur..
 Okay nasib dalam gambar ni Al-Fatih tak tidur. Kalau tidur jugak suruh Atuk pok dia!
Dan cerita Penang pun melabuhkan tirai. Akhirnya blog ini dikemas kini juga. 

XX




I do! I do!

$
0
0
Jadi sejak akhir-akhir ni ramai orang terdekat saya telah melangsungkan perkahwinan. Maka bulan-bulan terakhir tahun 2012 yang lepas saya namakan sebagai bulan penuh cinta.  Well, I love everything about weddings. First and foremost for the couple, but it's often also an opportunity to see saudara mara atau kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. 
Ambil cuti beberapa hari pulang ke kampung halaman di Kota Kinabalu untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak saudara saya Nurun Nazifah. Selalu balik KK tapi bila balik KK untuk hadir majlis kahwin itu adalah bonus. Sebab masa tu la baru dapat jumpa makcik pakcik sepupu anak saudara semua. Masa tu la akan ada adegan peluk-peluk lama tak jumpa. Aww sweet kan!
Kenapa saya kelihatan seperti perosak gambar? Hihi untuk kedua mempelai, may the years ahead be filled with lasting joy. Ameen..
Anak-anak saudaraku
Soul sisters
Kurung moden by Nurul Wonder Wardrobe
Okay tamat cerita majlis kahwin di Kota Kinabalu.


 
At Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara for Maria & Asfirdaus's reception ceremony
My heartiest congratulations to Maria & Asfirdaus and wish you a happy married life ever after. ... Barakallah :)
Shea, me & Fira. Who's next? Firaaaa!
Girls will be girls!


Okay yang ni pula di majlis resepsi Saiful & Intan pula di kampung halamannya di Tawau, Sabah.
Radhi yang terbang dari KL ke Tawau untuk beri kejutan buat pengantin lelaki yang nge-fan habis sama OAG.
The promise of a new beginning. Congratulations to a couple whose match truly seems made in heaven, Saiful & Intan :)
Aaaaa these girls! Suri, Mariam, Inty & Khay! I miss them already..
Di tempat penginapan Marco Polo hotel. Esoknya pulang ke Kuala Lumpur. Maka Tawau adalah destinasi penamat bagi majlis perkahwinan untuk tahun 2012. Happy for the bride and groom, happy for myself and happy to be surrounded by new friends. Well I'm not a naturally outgoing person but I enjoy meeting new people and discovering new cultures, countries, cities & etc. Poco-poco, lagu anak kampung Jimmy Palikat & persembahan live dari Ramli Sarip pada malam tersebut juga adalah sebahagian kegembiraan sepanjang keberadaan saya di Tawau. Hujung tahun yang gembira! And I just loveee weddings! The happiness and the love are what it’s all about!

So congratulations couples everywhere. If you cherish each other, you’re living the life!


Love,
Nurul

Rainbow

$
0
0
Dua hari lepas Dian Pelangi Malaysia hosted a high tea meetup at Jalan Telawi Bangsar so dah janji dengan Suri, Shea & Lyna jumpa dekat sana.
 Teman Suri lunch dulu dekat Delicious Bangsar Village, gastric attack katanya. Tu la skip lunch lagi, kan dah sakit. *perli diri sendiri juga*
 Our favourite spot! Sebab ada matahari memancar terus pada muka. Terus gambar nampak elok berseri. Hehe Lyna, Shea & Suri, please jangan lupa perbualan tentang 20 tahun akan datang kita tu. Ya ampun couldn't stop laughing la bila ingat balik. We are so random!
Akhirnya.. Masa yang dinanti ketemu lagi sama Dian yang dirindui!
Ini namanya rindu menebal. Sampai kayak gini jadinya.
Spread the love! Spread the love! 
Lepas hi-tea dekat Bangsar, we headed over to +Wondermilk Damansara sebab Dian lagi pingin mau nyoba cupcakes sama mau lihat deko kedainya yang unik gitu deh, selama ni kan cuma bisa lihat foto-foto dari Instagram.. Alang-alang udah sampai Kuala Lumpur, mendingan singgah aja terus. Ini gambar nyantai dalam traffic jam :)
Sampai-sampai saja staff wondermilk terus bagi rainbow cake untuk Dian. Sweet kan! A beautiful place with such a warm welcome.
Had a nice simple dinner, we settled with the extremely addictivesuper beef n fries and a box of super cute cupcakes. "Enak jadinya bila makan jemaah begini.." kata Dian. 
A huge thank you to Wondermilk Uptown Damansara sebab belanja kami semua your "deerlicious" Kopi Cap Rusa. We love the taste and the smell! And as usual, the food was to a very high standard and the music was very enjoyable.
We had a great night, great food & great venue. Sayanggg Dian & mbak Lulu!
Until then, I'm gonna miss you so much! Bon voyage sweetheart. And please come back soon. Take care!
 xoxo



Hijabista's April Issue

$
0
0
 Assalamualaikum. Hi! Nak tanya.. Dah beli Hijabista Magazine Bulan ni? Kalau belum, cepat-cepat pergi MPH, Kinokuniya atau mana-mana kedai yang ada jual magazine. 7Eleven pun ada kalau tak salah? Beli tau tau? *Tak baik la paksa orang nurul*
During the photoshoot with the beautiful-mom-to-be Ika from Radiusite. Seharian dari pagi ke malam, Ika ni gigih sangat walaupun tengah berbadan dua. So much respect for her.
Caption gambar ni "Why so serious?". Okay rasa kelakar sangat bila tengok diri sendiri sebab tak pernah ambil gambar buat muka tak ada perasaan macam ni.
With Ika from Radiusite, Hanie Elia from Al-Humaira Contemporary & Hanis Haizie from GLAM (Premeium Beautiful Top Agent)
So first of all terima kasih yang tak terhingga buat Hijabista Magazine for this opportunity especially Nursuziana Zulkifli (editor) and her wonderful team dalam menjayakan Hijabista's April Issue.We had a looong day, we started around 10.30am and finished around 9.00pm. But we all had an amazing experienceand a lovely time! And I am so incredibly honoured to be among these amazing, strong and courageous women. Kecil sangat diri ni jika dibandingkan dengan kejayaan kakak-kakak semua.
Get your copy now, dearies!

Behind the scene covershoot, enjoy:)

Rumah terbuka

$
0
0
 Hello! Hello! Assalamualaikum. Did you miss me? It's been a while since my last post kan. Apa khabar? Harap-harap semua sihat ya dan belum terlambat untuk ucap selamat hari raya semua walaupun hari raya dah tamat. So last week, we were invited to rumah terbuka Naza at Naza World Petaling Jaya.Ini adalah rumah terbuka ke-3 dan yang terakhir saya pergi sepanjang musim raya ni. So InsyaAllah kalau ada masa, akan menyusul juga cerita rumah terbuka yang lain. Hehe semoga saya rajin la bahagikan masa untuk ber-blog.

With the chairman of Naza Dato' SM Faisal. Thank you for having us :)
 Yummss!
 Lovely ladies. Shea, Datin Emilia, Me, My sister & Banon.
 Again, with Banon.
 Bumped into this hipster. One word, Wak Doyok! Hehe
We had such a great time and really enjoyed ourselves. Thanks to Naza Group Malaysia for inviting. Okay tunggu next entry pula ya? Hehe 

Much love,
Nurul

NWW x The Scarfles

$
0
0
Hai assalamualaikum semua! 

Join NWW (Nurul Wonder Wardrobe) and The Scarflets this Saturday for our special one day Eid bazaar! 

The first 30 lucky customers will received a special gift from us so come early okay?

We've skirts, dresses, handbags and many more for you to choose, new and preloved! Yay! Ada Maria Elena, Ami Schaheera,  Suri Aryani, Shea Rasol, Lyna Kamal, Raja Nadia Sabrina & Farah Lee. Mereka semua akan jual barang preloved/terpakai mereka selama ni sooooo whats not to loveee ? And harga for sure la murah belaka. Wehoo!

Anddd we offer special discounts for all new items, limited new unreleased stock specially for Eid and on top of that, you'll get a free shawl* for a purchase of RM150 and above in a single receipt. So bring your friends and family to shop and share! So come and join us this Saturday. See youuu..


Location

A-1-3 & A-1-4 Alam Avenue, Jalan Serai Wangi, Seksyen 16, Shah Alam , Selangor.
(near JPJ & Puspakom)


Wordless Wednesday

Viewing all 32 articles
Browse latest View live