Quantcast
Channel: nurul cakapcakap
Viewing all 32 articles
Browse latest View live

Dian Pelangi's new boutique in Malaysia

$
0
0
Hey hey! Banyak nak cerita, banyak nak update tapi masa begitu cepat berlalu sejak akhir-akhir ni mengakibatkan diri ini kelihatan begitu terkejar-terkejar dengan masa. Dan masa pula semakin di kejar, semakin dia berlalu laju. Namun diri ini tetap tegar mengejar, mengejar hingga suatu hari nanti, masa akan sedar yang Nurul Hidayati begitu bersungguh mengejar. Okay kalau tak faham tak apa. Zzz merepek sebenarnya

So last week, we were invited to an awesome private opening/soft launch of Dian Pelangi's new boutique in Malaysia! Okay sedikit info, Dian Pelangi isa young Indonesian fashion designer. Berusia 21 tahun, OMG!!! Bukankah ini sesuatu yang menakjubkan? Ya! Kelu saya melihatnya. Dah la cantik, berjaya, oh dan sudah berkahwin. Wow sempurna!

The girls

Dian Pelangi Muslim Outfitters.

Tie-dye! I die! I die!

Modern Muslim's wears

Islamic and modest



Dian memberi sedikit ucapan kepada tetamu yang hadir.

Yana, fira & fara.

Me, Shea & Jezmine.

With super humble Datin Norjuma.

She's too tall! Can you imagine I'm on heels pun masih tetap kelihatan seperti anak kecil. Hihihi

Akhirulkalam, congratulations to Dian and thank you for inviting us to be part of the ceremony.


Dian Pelangi Malaysia
17-2 (2nd floor)
Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, KL




*next entry, at Suria KLCC with Dian Pelangi & Wardah Cosmetics Indonesia.


Kuala Lumpur dan Jakarta yang penuh cinta

$
0
0
So yeah we met up again at chinoz KLCC. Sekali lagi, bersama Dian Pelangi & Wardah Cosmetics. Bagus banget ya acara begini, antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Saling jumpa dan kenal mengenali, sekali gus kita kembangkan silaturrahmi. Sambil makan minum, sambil juga kita kongsi stories, sharing ideas dan pokoknya kita berjumpa bukan ngomong kosong aja, in the meantime we inspire each other!

Lyna & fira lagi nge-test produk wardah cosmetics dari Indonesia. Oh iya, kepada yang concern about halal content in cosmetics, wardah adalah jawabnya.

Bersama produk-produk wardah yang pelbagai. Keren abis kan?





Berekreasi di KLCC 3 tahun sekali. Jujurnya gue jarang sekali sih ke sini, apa lagi santai di taman KLCC. Tapi gak apa-apa, kerana mbak Dian, lautan api pun sanggup ku renangi.. Haha berlagu banget deh gue.

Kok gambarnya gak ada muka?

Posing baju baru sama Jezmine. Dian's signature tie-dye ini gak bisa di bilang tidak. Harus ada satu dalam almari. Harus!

Jezmine lagi buat apa tu? Eh nurul, kamu ini kayak stalker aja! Okay fine.

Team dari wardah


Nah, ini baru namanya omong kosong.

Gadis-gadis ku memang terpaling cantik!

Posing buat terakhir kalinya khas buat Wardah Cosmetics.
Much love from Malaysia.

Ya udah, cukup sampai sini dulu. Maafin gue jika tak-terfaham-bahasa. Soalnya gue juga gak ngerti deh apa yang gue omongin. Gak apa-apa lah, cuekin aja ya! Hihi okay, jazakallah khairan kasira kepada Dian dan team dari Wardah Cosmetics, semoga kita di pertemukan lagi lepas ni, mungkin dari Kuala Lumpur ke Indonesia pula? Siapa tahu ya rencana tuhan? Insyaallah.

Akan datang

$
0
0
Di pagi yang hening dengan angin-angin lembut dari Varsity Towers jari-jari ini gigih menaip. Padahal nak cakap yang kau sekarang dekat Gold Coast kan? Boo.. Okay Zzzz.. Cuti seminggu saja, minggu depan balik Malaysia semula.

Semestinya entry ini bukan di dedikasikan khas buat awak ya fara. Saja je letak gambar kita ni. Tak rindu pun, hari-hari jumpa asyik bergaduh. Tak rindu pun. Tak.

Dan semestinya entry ni untuk Hijabista Magazine. Oh ini versi edit dari istagram. Yang dekat bawah ni versi original.

Apa Hijabista ni? Magazine apa ni? Okay Hijabista is a monthly Bahasa Malaysia publication. Hijabista provides readers with interesting insights covering topics on trendy hijab-styling guide, DIY, fashion and beauty trend updates and celebrity-style inspirations. Akan berada di pasaran bulan April 2012 ni. Jangan lupa dapatkan ya!

Keep calm and travel on!

$
0
0
Sebab keadaan kesihatan yang naik turun naik turun, blog ni pun jadi sunyi sekejap. Tapi hari ni dah okay sikit, boleh menghadap screen dengan jelas dan baik sekali. So yeah helloooooo! Minggu minggu yang lepas saya pergi Gold Coast Australia lawat kawan kesayangan saya Mariam yang jaaaaauh di mata tapi dekat di hati. Eleh!

Inilah dia mariam.. kawan karib saya sejak umur 10 tahun lagi.

Terima kasih sebab sudi ambil gambar saya.

Hmm gambar apa dekat atas tu? Okay saya sebenarnya dah mula jatuh cinta dengan FCC Farmasi Kosmetik. Ha apa kena mengena FCC Farmasi dengan cerita saya dekat Gold Coast? Sebab sepanjang berada di sana, jalan sana sini dari awal pagi sampai lewat malam, FCC Farmasi lah teman setia saya. Oleh sebab bila travel masa yang ada sangat singkat maka apa yang saya gunakan sewaktu di sana ialah
1-High Perfomance Liquid Foundation
2- Wet & Dry 2 Way Cake Foundation
3- Powder Pearl Illuminating Powder
4-Kohl Eye Pencil
5-True Color Lipstick

Semuanya ada lima. Great for touch ups or a quick look.

Wet & Dry 2 Way Cake Foundation. Yang ni memang favourite! It gives a natural matte finish to the skin with great coverage, good texture and blended nicely dengan kulit. Paling penting FCC Farmasi adalah produk yang halal. So keraguan nak bawa solat tu memang tak akan ada.

It matches my skin tone and looks so natural and fresh! Cubalah!

Okay sekarang saya dekat Robina Town Centre. Kalau pergi sini kena singgah Max Brenner.
Special place for chocolatiers or chocoholics! Tempat ni macam chocolate paradise, you will see amazing giant bricks of choc bars and chocolate running tubes all around.

Enjoy to the max!

Adorable & tempting!

Nak sikit? tak boleh, sebab saya tamak nak habiskan sendiri.. keh keh

Sedapnya sedapnya..

Hmm tiba-tiba lapar sendiri. Okay tak payah cerita chocolate lagi. Cukup cukup..

Sekarang saya dalam train pula dari Gold Coast nak ke Brisbane. Okay berdiri baca buku tu memang tipu Zzzz..

In love dengan true color lipstick FCC ni. Warna dia kekal tahan and paling best lipstick ni enriched with Vitamin E. Dan oleh kerana lipstick ni adalah semi matte lipstick, so tak akan ada masalah bibir kering lagi lepas ni. Double wow!!

Bila ambil gambar je mesti buat-buat rajin pegang buku

Hello Brisbane! Saya dah sampai!










Okay semua gambar dekat atas ni semua dekat Brisbane city. Biarkan gambar tersebut bercakap untuk dirinya ya. Nanti kalau ada masa saya cerita lagi pasal Gold Coast, banyak lagi nak share tapi masa je yang tak pernah cukup. Sampai ketemu lagi!

Yang terdalam

$
0
0
Sesungguhnya hidup sehari-hari begini, aku bersyukur kerana masih di beri tuhan deria untuk merasa gembira jadi aku bisa senyum. Sama juga dengan deria untuk merasa lucu jadi aku bisa ketawa. Namun begitu aku ini kan manusia biasa, tiada kuasa ajaib seperti yang ada pada doraemon mahupun sailormoon, jadi aku tetap menjalani ranjau seorang manusia normal yang tidak mampu mengelak dari merasa frustasi dan juga sedih.

Sedangkan menonton drama biasa pun mengalir air jernih dari mata ditambah lagi bila dengar lagu-lagu sedih, semuanya akan aku kena-mengenakan dengan jalan cerita hidup sendiri, lepas tu terasa semua lagu tu seakan ditujukan khas untuk diri, walhal bukan aku tak tahu yang lagu-lagu tu juga untuk 15 juta manusia lain yang senasib.

Kadang-kadang aku terfikir kan bagus kalau main Istagram ni dia boleh capture hati aku lepas tu edit lawa-lawa baiki mana yang remuk mana yang kosong, tambah warna untuk part mana yang nampak pudar. Jadi hasilnya aku yang tengok hati sendiri pun akan rasa senang. Tapi.. Hati di-instagramkan? Okay idea ni macam tak logik. Tak pun Facebook atau Twitter boleh berfungsi baca perasaan dan fikiran, jadi aku tak akan ada lagi masalah untuk meluahkan apa yang aku rasa. Situasinya aku selalu taip taip taip, lepas tu tekan backspace, padam padam padam. Sempat istighfar dan ingat balik ini Facebook sepupu sepapat jiran depan belakang semua baca, okay padam. Okay log out terus!

Baring, ambil ear phone, pejam.

Kenapa? Sebab aku jarang mahu bercerita dengan orang. Dan kalau aku cerita dan kongsi sekali pun, kau cuma mampu dengar tapi tak mampu rasa. Sama juga jika aku zahirkan dengan tulisan sekali pun, kau cuma mampu baca tapi tak mampu selam.

Jadi aku banyak simpan.

Senyum pun masih tetap simpan.

Dalam-dalam.

Wordless Wednesday

My very first make up tutorial

$
0
0


Introducing my very first make up tutorial with Farmasi Colour Cosmetics (FCC), my absolute favorite products on the entire planet! I love their packaging, texture and smell. Kalau anda inginkan high-quality products at affordable prices, saya akan jawab Farmasi Colour Cosmetics! They are a really great make-up brand and I can't doubt the quality. So here we go!



Sedikit tambahan, maafkan saya tentang kehadiran dua makhluk yang tidak di ingini dalam video ini iaitu Farah dan juga Hentakberlipat, yang mana saya sendiri pun tak mampu mengawal kelakuan luar kawalan mereka. Dalam keadaan yang pasrah saya tetap tegar meneruskan tutorial tersebut sehingga habis. Haha enjoy!

FCC Launches 2012 Daily Collection

$
0
0
The event was held at The Victorian Ballroom Holiday Villa, Subang Jaya.

Cehhh..

Cehh cehh..



Yana, Suri, me & Fara. Apa hal muka Yana sedih?

Okay Yana dah tak sedih.

Nak makan pun sayang.. omey! *bahasa manja buat comel

Lovely Aishah Sinclair, she was the host for the event.



Suka la tempat ni, very vintage and classy.

Kasih sayang bersama belon

p-p-p poker face p-p-p poker face

Hai suri! Suri ram.. suri ram ram ram.. Hihihi

Im wearing platform heels from Calaman. Boleh beli online, or boleh ke butik Nurul Wonder Wardrobe terus sebab kasut-kasut dari Calaman pun ada di sana :)

Ber-platform heels baru, ewah ewah! *ewah-ewah ialah ayat update status FB para bos2 di Calaman. So bila pakai kasut dorang terus rasa ewah-ewah-ewah

Okay ewah sekali lagi, ewah-ewah!


Dibalik tabir

$
0
0
Dua hari lepas ada buat video shoot untuk slot di Buletin Utama tv3. Hmm pelik pelik kenapa ada slot fesyen dalam Buletin Utama? Pelik tak habis fikir lagi ni. Fesyen tak ada kena mengena dengan politik. Tapi mungkin orang politik suka berfesyen. Kahkah apa yang cuba saya sampaikan ni? Zzzz
Sedang bersiap sedia untuk malu-malu depan camera. Awkwardnya.Tak tau la macam mana rupanya ni nanti.
 Hari itu saya sebagai model dan Yana pula sebagai stylist. Tiba-tiba je semua jadi bidan terjun. Konsep sebenar untuk video shoot hari tu cuma nak tunjukkan Scarflets, tak tau pula kena peragakan baju segala.
 Stylist saya Yana kelihatan seperti seorang Datin, merujuk kepada apa yang Ami cakap dekat blog dia.Hihihi
Kena tukar baju 3 kali. Nasib dekat Old Blossom Box ada banyak baju. Hihih Thank you Jezmine.
   Model tak dirancang. Haha teruskan je la.
 Eh demoknya saya demoknya saya!
Okay gambar atas tadi tu tipu. Tak demok pun! Tak demok pun!
(Demok is gemuk) Alahai manjanya bahasa!


*Gambar-gambar ni semua curi dari Ami hihi
Catch us on Buletin Utama TV3 this saturday, 8.00 pm ya!

Free Hijab Styling Session

$
0
0
Assalamualaikum wbt.. Dengan berbesar hati kami ingin menjemput anda semua ke Hijab Styling Session yang akan di kelolakan oleh saya dan Farah dari Calaqisya pada hari ahad ini. And yes everyone is invited to attend this FREE hijab styling. Anda cuma perlu bawa inner scarf, long scarf/pashmina, tudung bawal, pins & brooches. To girls that arent wearing hijab, jangan risau ya we'll be providing scarfs for you, tapi kalau ada tudung atau shawl dekat rumah awak bawa je sekali okay?Apa yang lebih menarik, Sincerelybyus Shawls  will be giving out free, yes FREE shawls and square shawls during the event. So kalau you guys terlepas this Styling Hijab Session memang sangat-sangat rugi. Banyak yang kita akan kongsikan bersama, so mark your calender, come join us and have fun together!
Where?
Nurul Wonder Wardrobe 
Alam Avenue, A 6-2, 2, Jalan Serai Wangi F 16/F, Seksyen 16, 40200, Shah Alam , Selangor.
(near Padang Jawa KTM station, JPJ & Puspakom) Butik kami betul-betul di atas RHB easy dan Pizza Hut Delivery.


 When?
Sunday, 13 May 2011

Time?
11.30 am - 1.30 pm

 
Sebarang pertanyaan boleh call 03-55100925 atau 017-2033982.
Cant waaaait! See you there!

Hij up & Hijabista

$
0
0
Jadi saya harus menulis dalam keadaan yang cepat dan tangkas supaya masa saya tak terbuang dengan sia-sia. Setengah jam saya pertaruhkan untuk menulis sebentar. Tak ingat berapa hari bulan tapi minggu lepas kalau tak salah, kami ada membuat pertemuan dan breakfast bersama HijUp.com dari Indonesia.
Bangun pagi terus meluru ke OBB gerak sama-sama dengan Jezmine, Rina & Fira. Sebelum kereta berjalan, sempat naa.. Hihi
Delicious Bangsar. Antara team dari HijUp.com
"adik beradik ke"? "Kembar eh"? ALA BOSANNYA FARAH!
Baby nak keluar dah tak lama lagi. Aaaaa bestnya mumy Yanny!
Cincin dari HijUp team. Thank youuu! Cantik banget ya cincinnya!
  
Selesai untuk pagi itu.
Lepas dari bangsar menuju pula ke PWTC untuk pelancaran Hijabista Magazine. The best part bila kami semua naik LRT sebab dah tau jalan nak ke PWTC hari tu memang akan jam teruk.
Scarflets & Hijabista di PWTC
Suri, Fira, Nurul & Farah
Sorry ya Rina, saya tercuri gambar ni.
                  Dan ini lah yang terjadi bila dah lama tak naik LRT
 Bertenang bertenang..
 Gembira seperti baru menerima hidangan Happy Meal dari mcd.
 Maka berakhirlah entry ini dengan gambar depan cermin. Hmm super duper vain isn't she? 

NWW

$
0
0
Mungkin masih ada yang tertanya-tertanya apa tu NWW atau apa tu Nurul Wonder Wardrobe? Maka entry ini khas buat yang masih tak tahu menahu atau yang tahu tapi tak berapa tahu. Baiklah, Nurul Wonder Wardrobe adalah sebuah fashion butik yang beroperasi di Shah Alam. Beralamat di Alam Avenue, A 6-2, 2, Jalan Serai Wangi F 16/F, Seksyen 16, 40200, Shah Alam , Selangor. (near Padang Jawa KTM station, JPJ) Beroperasi 7 hari seminggu. Isnin hingga Jumaat dari pukul 11.30 pagi hingga 8.00 malam. Sabtu dan Ahad pula kami beroperasi dari pukul 12.30 tengah hari hingga 6.30 petang. Masih kabur dengan konsep yang dibawa oleh Nurul Wonder Wardrobe? Saksikan sneak peek ini.  
 Dan ini pula full version of Nurul Wonder Wardrobe's fashion teaser for MAGS Collection. 
Credit to Bokeh-Bokeh Videography 

   




 Okay yang ini pula video yang diambil dari youtube OAG.TV. Kepada yang tak datang masa majlis pelancaran Nurul Wonder Wardrobe hari tu boleh tengok video ni. Rugi tak datang, layan video je la okay?

Lepas tengok video-video dekat atas ni saya harap anda semua dapat mengenali Nurul Wonder Wardrobe dengan lebih dekat ya. Dan saya amat gembira jika segala persoalan dan pertanyaan seperti dimana? bagaimana? bila? dapat saya rungkaikan dalam entry ini dengan jelas dan nyata and I'd greatly appreciate if you could give me your true criticisms, comments or suggestions. Jazakallah!

Visit us at  


PS: Header and layout dah baru, Okay? Tak okay?


 

jazakallahu khairan kathira

$
0
0
Belum terlambat untuk saya kongsikan sedikit gambar semasa "Hijab Styling Session" yang berlangsung di Nurul Wonder Wardrobe dua minggu yang lepas kan? Saya tahu memang lambat, but still, better late than never kan? But never late is betterrrr! Haha I seriously wish there were more hours in a day, agaknya kalau macam tu setiap hari pun boleh berblog.






Much love from us,
Nurul & Fara

Azya' Bazaar

$
0
0
Bertempat di The Strands Damansara, bazaar amal yang bertemakan urban Hijab fashion telah selamat dianjurkan dengan jayanya selama dua hari iaitu pada hari sabtu dan hari ahad minggu lepas. Antara butik terkemuka yang mengambil bahagian adalah Adi Juma, The Old Blossom Box, Rina Salleh Collections, Ammara, Pastelina, Allya Mysara, Yanti, Calaqisya dan Nurul Wonder Wardrobe.
Terasa macam baca berita tak? Memang la sebab ayat ni saya copy dari harian metro. Hihihi.. tak kelakar.

 
Kongsi booth dengan Calaqisya
Eh ni entah apa..

Beli beli beli
 Azlin, suri & Jiha
Farah seakan sedang menyampaikan gossip kepada rakan taulan
Eh patutlah shades aku hilang
 
Super lovely friendly Natasha Hudson.
Di restoran makanan Indonesia yang menjadi tempat berteduh sepanjang berkampung di The Strands selama 2 hari. Haus sikit terus order HAPPY SODA SATUUU!
 
 Sayang suriiiii..
 
 Gambar last ni ambil dari FB Uniqlo Malaysia sebab crew dari uniqlo ada datang ambil gambar masa Azya' Bazaar tersebut berlangsung. Hari kedua punya saya update lepas ni okay. Sabar ya. Eh saya cakap sabar ni macam la ada orang tak sabar-sabar. Boooo nughul booo!

Azya' Bazaar II

$
0
0
Assalamualaikum. Ini sambungan entry yang lepas ya? Ayza' Bazaar hari kedua pula dimana pada hari itu koleksi pakaian dari Nurul Wonder Wardrobe, Old Blossom Box, Rina Salleh Collection dan ada beberapa jenama lain diperagakan.
Panasnya cuaca menyebabkan saya lebih suka mundar mandir depan kipas
Model-model untuk Old Blossom Box dah siap sedia
Jezmine busy bee
Boleh Bermain-main lagi
Boleh bergambar-gambar lagi
Lagi lagi dan lagi
Terima kasih Suri, Fara, Yana, Jezmine, Rina dan nama-nama lain yang tak tersebut yang saling bantu membantu hari itu. Benarlah orang kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Wah berperibahasa kita hari ni.
Dan ternyata kami semua kelihatan begitu rendah bila berdiri bersama model
Maya Karin! 
Cantiknya 10 kali nak cakap cantik!
She's absolutely amazing, beautiful and has a lovely personality.. Aaaa what more can I say? Cantikk!


And we proudly present to you MAGS & FLEUR collection by Nurul Wonder Wardrobe
Hmm I'm not good at hiding my feelings la rasanya, muka nervous yang tak terbendung dah. Hihi malunyaaaaaa!



Thanks Jiha dan Amin untuk gambar-gambar hari tu.
Backstage : Jiha
Runway : Amin



Kak Ayu

$
0
0
Kehadapan Kak Ayu yang amat kami sayangi. Saat saya menulis karangan Bahasa Malaya ini genaplah 7 hari Kak Ayu telah sah bergelar seorang isteri.
Gambar ini, saya begitu manja lentok di bahu Kak Ayu. Dapat lagikah saya bermanja sebegitu? Sudikah lagi Kak Ayu pinjamkan bahu itu? Tentunya selepas ini orang yang lebih afdhal untuk singgah di bahu Kak ayu adalah Encik Hairul, sang suami. Bukan saya lagi.. *sambil dengar lagu sekadar dipinggiran*
Ini gambar kita di Citta Mall dua minggu sebelum Kak Ayu melangsungkan perkahwinan. Masa ni kita makan sedap-sedap. Tapi Minggu lepas Kak Ayu dapat makan beradab. Aaaaaa lagi best!
 
 Lepas dari Cita Mall, kita sambung upacara malam ke i-city pula. Kita main benda ni, apa entah nama dia. Berpusing-pusing sampai pening. Tak menakutkan langsung, tapi layan.
 
Lepas tu kita naik ferris wheel yang ya ampun slow nyaaaaa dia bergerak. Itu pun Kak Batul agak meroyan juga la sampai terjerit-jerit. Padahal benda tu berputar slow sangat sampai rasa nak turun tolong putarkan. Ini view dari atas ferris wheel tu.

Lepas tu jalan-jalan dekat area pokok berlampu lip lap bagai.. Romantiknya kita! Sebenarnya kalau ikut sejarah kita ni boleh di kira Kak Long I-city juga la rasanya. Sebab berapa tahun lepas, sebelum I-city ni masih tanah lapang biasa dan tak se-mainstream sekarang, kita dah jadikan kawasan ni sebagai tempat rekreasi kita beramai-ramai. Wow aah la kita ialah Kak Long kawasan I-City. Kah kah kah
Tengok tu, di mana ada bahu Kak Ayu, di situ juga ada kepala saya menumpang kasih. Lepas ini bahu Kak Ayu hanya tinggal kenangan buat saya. *Sambil dengar lagu Jeffry Din, Kenanganku*
Bahagia saya tengok gambar ni walaupun ada sedikit rasa hiba melihatkan bahu Kak Ayu bukan tempat saya lagi lepas ni. Selama ni cuma saya yang lentok di bahu Kak Ayu, kini giliran Kak ayu pula melentokkan kepalanya diatas bahu Hairul Azrin, suami tercinta.
Eh apa la lentok bahu tu? Tak manja pun. Nah ambil ni gendong! Mampu? Phewittt!
 Semoga kekal bahagia dunia wal akhirat. You two are one of the best couples I have ever seen, may Allah grant you a happy married life. Amin! Barakallah to both of you.
 
"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma

Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair."


Wanita Hari Ini

$
0
0
 So we've been invited for a live show 'Wanita Hari Ini' TV3 dua hari yang lepas on the topik "Muslimah Ranggi".
 
 Baru sampai Sri Pentas TV3. Saya dan Model untuk Nurul Wonder Wardrobe hari itu, Nuna Sabrina.
 Live on TV, tak ada ulang, pembetulan semua tak ada so I must admit that I was slightly nervous hari tu.
 Phewitt untuk gadis-gadis sebelah kanan yang sedang memperagakan gaya
 Model Nurul Wonder Wardrobe hari itu Nuna Sabrina yang cantik bergaya, you did such a great job! Me wuv yu! Oh baju yang kami berdua pakai hari tu adalah collection baru dari Nurul Wonder Wardrobe, "Keira Kimono". Jangan risau akan menyusul untuk anda semua juga nanti. Tungguuu!
 Tiz Zaqiyah :)
 And its a wrap! Nuna, Fara & Yana dari Calaqisya & Me
  
Sayang sangat dengan Fara sampai sanggup pakai kasut Calaman yang sama ke sana ke mari. Boria eh? Haha
Tak nervous lagi oiiii mari kita pergi makan oiii! Jerit saya kepada Nuna. Okay tak, saja buat cerita.


PS:  I'm shortlisted to top 10 for Levi's Curve ID Blogger Award 
Wehooo! Do vote for me only if you think I really deserve it. No obligations. Seriously. So,sign up and vote now! Oh and lucky voters will receive Levi's® vouchers worth RM300! Wow! Wow! Lets vote here!

Belle Bawal

$
0
0
Lepas dari sri pentas untuk Wanita Hari Ini hari tu terus lari balik pergi butik untuk photoshoot for our new collection. Oh btw, If you love paisley print, you've come to the right place! Proudly introducing our own creation Belle Bawal By Nurul Wonder Wardrobe.
  Colorful paisley patterns stamped on tudung bawal. Isn't it so gorgeous yet simple? :)


Model : Nuna Sabrina & Nurul
Photographer : Ramzul Alam & Asyraf

For more info, visit Nurul Wonder Wardrobe


Have a good day & jum'ah barakah!

Hij Up x OBB

$
0
0
Another event at Old Blossom Box beberapa minggu lepas with Hij Up & Wardah from Indonesia. Basically event ni tentang perempuan, tentang penjagaan muka, pemakaian tudung dan sebagainya. Banyak benda-benda yang dianggap remeh tentang muka dan yang tak pernah saya ambil tahu, hari tu saya dah tahu. So thanksssss to Hij Up and Wardah for sharing your wealth of knowledge with us! Had lots of fun, and thanks Jezmine for inviting us!
Shawl dari Jenahara. Terus pakai! Seronok kan? Dah la dapat ilmu, dapat shawl free lagi. Awesome nyaaa!
Lepas tu dapat makanan sedap-sedap, free lagi! Ya ampun.. super double triple awesome!
Jezmine :)
Shea, nak tudung satin tu pls?
  With Ayu from Hij Up team.Stunningly beautiful, isn't she?
Goodie bag from Hij Up. "I WEAR HIJUP & IM FABULOUS" 
Great tagline!
Us! Us!
Reuse the old kebaya for outerwear. Betul kata slogan kitar semula, "Fikir dulu sebelum buang". Hihi what say you?

Habit

$
0
0
‘You’ve got a really bad habit’, ‘Boleh tak kurangkan sikit habit tu?’ or ‘That’s a good habit to have’. Well, we heard these types of statements being said all the time kan. Hampir keseluruhan benda yang kita lakukan seharian adalah berdasarkan habit. Your actions, your responses, the way you live your life are all largely dictated by your habits. Okay think about it. You get up in the morning and use habits to get ready to start the day. Seperti? Cari tuala menuju ke toilet, berus gigi, mandi, sikat rambut dan pakai baju, that’s a habit. When you clap your hands after a performance, that’s a habit. Okay jadi point utama untuk tulisan kali ini ialah tentang habit diri sendiri bila ambil gambar. Terimalahh..
 
 
 TOLONGLAH TEGAKKAN KEPALA SAYA NI..




Viewing all 32 articles
Browse latest View live